​​​​​​​​

Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja

25032025_Tahlil Kubah Makam Diraja (7).JPG


Sumber : Siaran Akhbar DBP

Foto : Md Azinuddin - KKBS


Bandar Seri Begawan, Selasa, 24 Ramadan 1446/25 Mac 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan pada sebelah tengah hari. Majlis ini diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir mengetuai rombongan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janif @ Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya; dan ahli-ahli Persatuan Belia, Persatuan Belia Masjid, Persatuan Sukan, Jurulatih Sukan, Pusat Kegiatan Warga Emas, pihak NGO serta pihak berkepentingan yang lain.



25032025_Tahlil Kubah Makam Diraja (8).JPG25032025_Tahlil Kubah Makam Diraja (10).JPG25032025_Tahlil Kubah Makam Diraja (4).JPG 25032025_Tahlil Kubah Makam Diraja (3).JPG


​​​​