
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Ramadan 1446 / 24 Mac 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Yang Wanming, Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC).
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.