​​​​​​​​

Tazkirah ‘Keistimewaan Khatam Al-Quran’ serikan Majlis Bertadarus

14032025_Tadarus Istana Nurul Iman (19).jpg


​Sumber : Pelita Brunei

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto : Lailatul Ameera, Md Azinuddin  -  KKBS

 


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Mac. - Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi diteruskan lagi bagi malam ke-13 di Surau, Istana Nurul Iman.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz diikuti dengan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah diimamkan oleh Awang Mohd. Hashim bin Haji Abdullah manakala doa dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Keistimewaan Khatam Al-Quran' yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman bagi jemaah lelaki.

Sementara itu, di surau berasingan bagi jemaah perempuan, tazkirah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Ugama, PDI, Datin Dr. Hajah Rohanita binti Haji Yaakub.

Kemudian majlis disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah 800 orang terdiri daripada Setiausaha-setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pegawai dan kakitangan dari KKBS dan pegawai serta guru ugama dari Jabatan Pengajian Islam dan jemputan khas.


14032025_Tadarus Istana Nurul Iman (33).jpg 14032025_Tadarus Istana Nurul Iman (30).jpg 14032025_Tadarus Istana Nurul Iman (57).JPG 14032025_Tadarus Istana Nurul Iman (62).JPG


​​​​