​​​​​​​​

Program Bertadarus Al-Quran di Masjid Sempena Ramadan.

20250311_Tadrus2-34.jpg




Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS


BELAIT, Selasa, 10 Ramadan 1446 / 11 Mac 2025 - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Program Bertadarus Al-Quran di Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait.

 

Program ini dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait.

 

Program Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait.

 

Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang didahului oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta disusuli dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.

 

Program ini diteruskan lagi dengan berbuka puasa dan majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

 

Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait.



20250311_Tadrus2-2.jpg20250311_Tadrus2-22.jpg 

20250311_Tadrus2-5.jpg20250311_Tadrus2-29.jpg 

 



​​​​