​​​​​​​​

Program Bertadarus Al-Quran di Masjid Sempena Ramadan.

20250308_Tadrus1-20.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin-KKBS



TUTONG, Sabtu, 7 Ramadan 1446 / 8 Mac 2025 - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Program Bertadarus Al-Quran di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Tutong.

 

Program ini dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei dan Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Tutong.

 

Program Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang didahului oleh Yang Mulia Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin, Imam Tingkat I, Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong serta disusuli dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.

 

Program ini diteruskan lagi dengan berbuka puasa dan majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

 

Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Tutong.


20250308_Tadrus1-14.jpg 20250308_Tadrus1-19.jpg 20250308_Tadrus1-3.jpg ​20250308_Tadrus1-23.jpg 





 

 

 


​​​​