​​​​​​​​

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1446/2025

05032025_Derma anak yatim kebangsaan (1).jpg


Sumber  : Siaran Akhbar JAPEM

Foto : Mohd Aiman Sufyan - JAPEM, Raffi Rosli 


Jerudong, Rabu, 4 Ramadan 1446/ 5 Mac 2025​ - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim peringkat kebangsaan hari ini bertempat di Kompleks Sukan Jerudong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi menyampaikan derma ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Bagi memberkati majlis, acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah An-Nisa ayat 36 hingga 42 oleh YM Awang Muhammad Amsyarrazin Mirza bin Mohammad Arizza dan kemudian diterjemahkan oleh YM Awang Aqlan Fathullah bin Sharifuddin. Kedua-dua pembaca adalah penuntut daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Acara juga diteruskan dengan bacaan Doa Selamat dan Allah Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh YM Haji Mohd Amaluddin bin Haji Jamaluddin, Imam Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam Kampung Jerudong.

 

Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian Skim Hadiah Galakan Pelajar-pelajar Cemerlang BIBD. Pada tahun ini seramai 30 orang anak-anak yatim yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peringkat 'A' dan 'O', Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) pada tahun 2024 menerima hadiah galakan.

 

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar tersebut ialah;

 

Pelajar Cemerlang bagi Peringkat 'A'

i. Dayang Haninah Shakira Binti Mohamad Fadzli

ii. Dayang Aleeya Maisarah Binti Haji Roslan

 


Pelajar Cemerlang bagi Peringkat 'O'

i. Dayang Nasha Zulaiha Binti Mohamad Fadzli @ Da Dam Kim

ii.Dayang Nur Afiqah binti Abdul Muiz

 


Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB)

i. Awang Muhammad Razin Bin Haji Zakaria

ii. Awang Muhammad Syafiq Aiman Bin Sukarni

iii. Dayang Hamimi Nurbatrisyia Binti Hj Abd Kifli

iv. Dayangku Amirah Halimatun Zainah Binti Pg Hj Ali

 


Pelajar Cemerlang bagi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB)

i. Awang Mohammad Naqibuddin Bin Asbinin

ii. Dayang Nurul Afiqah Binti Hasnan

iii. Awang Mohammad Azhuari Mal Bin Haji Rosman

 


Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU)

i. Awang Dani'sh Hasya Bin Hj Abd Khani

ii. Dayang Bazilah Izzati Binti Haji Razali

iii. Dayang Nurhasya Irdina Binti Saiful Bahrin

iv. Awang Muhammad Wajdi 'Abqari Bin Haji Mohammad Junaidi

v. Awang Abang Mohammad Hafidz Bin Abang Mohd Erwan

vi. Dayang Nurul Fa'eqah Syathirah Binti Zamain

vii. Dayang Nurul Iffah Hidayah Binti Abdullah Yahmiruddin Shah

viii. Dayang Nur Fadhiiah Binti Bahrin

ix. Dayang Izzatul Insyirah Binti Abdullah

x. Dayang Nur Areej Amalia Binti Haji Harith

xi. Awang Zainul Asri Bin Awang Zaraini

xii. Dayang Anis Safwa Binti Aminnorrahman


 

Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR)

i. Dayang Sharifah Nora May Binti Abang Mohammad Erwan

ii. Dayang Huda Sabrina Humaira' Binti Haji Ghazali

iii. Dayang Hajah Amirah Najwa Binti Mohammad Sahrin

iv. Dayang Siti Omirah Etikah Binti Haji Kalong

v. Dayangku Nur'ain Alisa Zafeerah Binti Pengiran Haji Mohammad Sofian

vi. Awang Mohammad Qahir Saaduddin Bin 'Abdul Quddus

vii. Awang Muhammad Fadhlul Iqbal Bin Samsudin

 

Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian sampul-sampul derma kepada 3,309 orang anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JAPEM oleh tetamu kehormat bersama. Daripada jumlah tersebut, seramai:

 

• 2,165 orang adalah anak yatim yang berdaftar di Daerah Brunei dan Muara;

• 510 orang anak yatim berdaftar di Daerah Tutong;

• 498 orang anak yatim berdaftar di Daerah Belait dan;

• 136 orang anak yatim yang berdaftar di Daerah Temburong.

 

Derma yang dihulurkan merupakan sumbangan melalui gabungan Tabung Anak-Anak Yatim JAPEM, Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara dan sumbangan daripada BIBD pada tahun ini. Jumlah sumbangan yang dihulurkan melalui Tabung Anak-Anak Yatim JAPEM adalah sebanyak BND330,900.00. Manakala, Tabung Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara menyumbangkan sejumlah BND32,475.00 dan sumbangan daripada BIBD berjumlah BND165,450.00.

 

Urus Setia Tabung Anak-Anak Yatim sangat mengalu-alukan sumbangan derma dari orang ramai bagi sama-sama menghulurkan bantuan kewangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah pendaftaran kebangsaan. Sumbangan derma tersebut bolehlah dihulurkan melalui kaedah berikut:

 

  • Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa waktu pejabat sahaja, atau;


  • Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Brunei Prihatin untuk Tabung Anak- Anak Yatim yang berlangsung selama 9 bulan mulai 25 Februari 2025 hingga 25 November 2025 dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999; atau


  • Melalui BIBD online atau memasukkan derma ke nombor akaun 0000-101- 004-9034 di bawah nama akaun “Tabung Anak-Anak Yatim".

 

Di samping itu, kaunter-kaunter pendaftaran anak-anak yatim juga turut dibukakan selama tiga hari, iaitu 5 Mac 2025, 6 Mac 2025 dan 8 Mac 2025 bertempat di Hab Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di talian 2380704 pada waktu pejabat atau menghubungi Talian Kebajikan 141 atau Talian ANAK 121 pada bila-bila masa.

 

Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai akan dapat membantu anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal selain meraih pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan sekaligus untuk mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemangku Pegawai Daerah-daerah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung, wakil Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Pemangku Pengarah JAPEM adalah Pengerusi Majlis.



05032025_Derma anak yatim kebangsaan (29).jpg 05032025_Derma anak yatim kebangsaan (27).jpg05032025_Derma anak yatim kebangsaan (39).jpg 05032025_Derma anak yatim kebangsaan (53).jpg






​​​​