​​​​​​​​

Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1446 Hijrah/2025

20250130_IsrakMikraj-14.jpg




​Sumber : Siaran Akhbar JMM

Foto: Md Azinuddin - KKBS, Md Nasrullah - JMM


Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Rejab 1446/30 Januari 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Muzium-Muzium menganjurkan Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Bagi memohon keberkatan majlis, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Afif bin Ali, Pegawai Kerja (Perantis), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Seterusnya, bacaan ayat suci Al-Quran, Surah An-Najm, Ayat 13 hingga 18 oleh Yang Mulia Awang Mohammad Sufizan bin Sofian, Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan manakala pembacaan intisari ayat oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Amirul Faiq@Awangku Abdul Hakeem bin Pengiran Zali, Orang Kelainan Upaya (OKU) Anggota.

 

Majlis turut diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk Sambutan Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir ke majlis tersebut, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.



20250130_IsrakMikraj-28 (1).jpg20250130_IsrakMikraj-21.jpg 20250130_IsrakMikraj-8.jpg 20250130_IsrakMikraj-11.jpg 




​​​​