​​​​​​​​

Kunjungan Hormat Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam

20250109_CC TSUT Dgn Emb.Canada-8.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Lailatul Ameera KKBS


Bandar Seri Begawan, Khamis, 9 Januari 2025 -  Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima kunjungan hormat dari Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.


Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Kedua-dua belah pihak membincangkan persediaan projek seni budaya dalam bidang seni ukiran kayu (woodcarving).


​​​​