​​​​​​​​

Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)

16122024_MuzakarahMMN_KKBS (2).jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto: Md Azinuddin - KKBS, Md Nasrullah - JMM


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Jamadilakhir 1446/16 Disember 2024 – Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah diadakan pada hari ini di Dewan Bina Diri, Pusat Pembangunan Belia, Kampung Tanah Jambu.


Antara objektif utama Sesi Muzakarah diadakan adalah untuk mewujudkan perbincangan dua hala yang bermanfaat dan produktif bagi semua pihak ke arah mencapai matlamat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menuju kecemerlangan di samping berperanan sebagai wadah bagi kedua-dua pihak untuk saling bercambah fikiran ke arah memberikan nilai tambah dan kemanfaatan bersama.

 

Turut hadir dalam Sesi Muzakarah tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan); Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan); Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta Ketua-ketua Bahagian dan Jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sebelum Sesi Muzakarah dimulakan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara berkesempatan membuat lawatan dan melihat beberapa kursus pembangunan kapasiti yang ditawarkan kepada belia dan komuniti di Pusat Pembangunan Belia.

 

Sesi Muzakarah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa daripada Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium.

 

Sesi Muzakarah diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kemudian diikuti dengan taklimat mengenai pencapaian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 serta hala tuju Kementerian yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seterusnya, ucapan balas daripada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Rombongan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

Sesi Muzakarah antara lain memaklumkan dan mengongsikan hala tuju fokus strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang akan diperkukuhkan dan dipertingkatkan melalui Pengukuhan Tadbir Urus dan Pengoperasian yang Berkualiti, Efisien dan Efektif; Penjanaan Belia Harapan yang Berwawasan sebagai Peneraju Pembangunan Negara; Pengukuhan Ekosistem Sukan ke Arah Keinklusifan dan Kecemerlangan; Peningkatan Pelestarian Seni, Budaya, Warisan dan Sejarah; dan Mengembang Maju Masyarakat Cemerlang, Bersatu Padu, Resilien dan Pemedulian.

 

Fokus-fokus strategik ini dibentuk bersandarkan pendekatan yang berasaskan bukti dan amalan terbaik sebagai upaya bagi memastikan dan menghasilkan kualiti perkhidmatan serta program-program yang lebih berimpak.


16122024_MuzakarahMMN_KKBS_collage.jpg 16122024_MuzakarahMMN_KKBS_collage 2.jpg 16122024_MuzakarahMMN_KKBS_collage 3.jpg 





​​​​