Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Jamadilawal 1446 / 21 November 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold, Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Asran bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.