Page Content
Lawatan Kunjungan Muhibah Daripada Naib Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Han Zheng Berserta Rombongan Ke Pusat Sejarah
|
Foto: Md Azinuddin
22 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan kunjungan muhibah daripada Naib Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Han Zheng berserta rombongan.
Ketibaan Tuan Yang Terutama dialu-alukan oleh YM Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei berserta Pegawai dan Kakitangan Pusat Sejarah Brunei.
Tuan Yang Terutama memulakan lawatan dengan mengunjungi galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei: Galeri Koleksi Manuskrip Borneo; Galeri Sejarah Brunei Tua; Galeri Hubungan Awal Brunei Dengan Negara Luar dan Galeri Perlembagaan; Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam.
|