​​​​​​​​

Majlis Makan Malam Kejohanan Wushu Remaja Dunia Ke-9, 2024

20240924_wushu-31.jpg



Sumber : Siaran Akhbar KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS, 


BERAKAS, Selasa, 20 Rabiulawal 1446/24 September 2024M – Persekutuan Wushu Brunei Darussalam, dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, akan menganjurkan Kejohanan Wushu Remaja Dunia Ke-9, 2024 yang akan berlangsung bermula pada 25 hingga 29 September 2024 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Bagi meraikan kedatangan atlet-atlet dari 50 pelbagai negara, Majlis Makan Malam telah diadakan di Dewan Munawarrah, Setia Point, Berakas.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim, Pegawai Penganalisa Sukan, Jabatan Belia dan Sukan.


Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa, Presiden Persatuan Wushu Brunei Darussalam dan dikuti dengan ucapan tetamu kehormat majlis bagi mengalu-alukan ketibaan para delegasi.


Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada Ketua-Ketua Pasukan dari 50 negara yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.


Majlis turut menyaksikan persembahan lagu tema Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-9, Tahun 2024 serta persembahan kebudayaan.


Turut hadir Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Eksekutif Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-9, Tahun 2024, Yang Mulia Awang Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, Vice Presiden Persatuan Wushu Brunei Darussalam selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Eksekutif Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-9, Tahun 2024, Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abd Karim, Pengarah Belia dan Sukan, atlet-atlet dari 50 negara dan Jawatankuasa Kerja Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-9, Tahun 2024.


Kejohanan Wushu Remaja Dunia ialah acara kejohanan bertaraf dunia yang berlangsung setiap dwitahunan dan merupakan kejohanan remaja kemuncak rasmi International Wushu Federation – IWUF yang menampilkan tahap daya saing tertinggi dalam kalangan atlet remajanya. Persekutuan Wushu Brunei Darussalam telah diberi kepercayaan bagi penganjuran Kejohanan Wushu Remaja Dunia Ke-9, 2024 di bawah naungan IWUF.


20240924_wushu-11.jpg  20240924_wushu-25.jpg 20240924_wushu-26.jpg 20240924_wushu-38.jpg 




​​​​