​​​​​​​​

Memantapkan barisan perhubungan awam setiap kementerian

03092024_JPAKK_KKBS_infofoto.jpg


Sumber : Pelita Brunei

Berita : Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 September. – Bagi meningkatkan lagi hubungan baik dan mengukuhkan rangkaian kerja di antara pegawai-pegawai dan pengamal perhubungan awam kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, Program Perkongsian Maklumat bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

 

Seramai 31 orang pegawai dan pengamal perhubungan awam yang mewakili pelbagai kementerian menyertai program yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar, selaku Ketua Rombongan Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK).

 

Rombongan berkenaan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman.


Baca berita penuh 



20240903_JPAKKJAPEM-22.jpg 20240903_JPAKKJAPEM-14.jpg


Foto : Mohd.Azinuddin - KKBS


​​​​