Page Content
Kursus Memimpin Hubungan Harmoni di dalam Kementerian melalui budi pekerti
|
Sumber : Siaran Media KKBS Foto : Md Azinuddin - KKBS
Kiulap, Khamis, 24 Safar 1446 / 29 Ogos 2024 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Unit
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia telah mengadakan Kursus "Memimpin
Hubungan Harmoni di dalam Kementerian melalui budi pekerti" bagi
Pegawai-Pegawai Peringkat Pertengahan Kumpulan Al-Uswah selama dua (2) hari
pada 24 & 25 Safar 1446 bersamaan 29 & 31 Ogos 2024 di Higher Hotel,
Jalan Jame' Asr, Kampung Kiulap, Bandar Seri Begawan.
Objektif program yang ditawarkan ini direka untuk meningkatkan kemahiran
pasukan dan bakat pegawai-pegawai peringkat pertengahan Kumpulan Al-Uswah untuk
memimpin pasukan dengan mengimbangi prestasi puncak dan hubungan harmoni di
kalangan ahli pasukan melalui Budi Pekerti.
Kursus ini disampaikan oleh fasilitator jemputan daripada Singapura iaitu Yang
Mulia Tengku Indra, Chief Mentor Officer, SDG Global.
|