Page Content
Budi Pekerti: 6 Tingkah Laku yang tidak dapat disangkal dalam perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai
|
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 23 Safar 1446 / 28 Ogos 2024 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia telah mengadakan Kursus "Budi Pekerti: 6 Tingkah Laku yang tidak dapat disangkal dalam perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai" bagi Pegawai dan kakitangan KKBS. Kursus diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kursus ini mengongsikan amalan terbaik dan kaedah untuk mengenalpasti ciri-ciri perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan kehendak pelanggan serta memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai prinsip dan kepentingan perkhidmatan kaunter dan juga layanan terhadap pelanggan.
Kursus ini telah disampaikan oleh fasilitator jemputan daripada Singapura iaitu Yang Mulia Tengku Indra, Chief Mentor Officer, SDG Global.
|