​​​​​​​​

Majlis Perasmian Pembukaan Semula Perpustakaan DBP Daerah Temburong

20240821_PerasmianSemula DBPtemb-12.jpg


Sumber : Siaran Akhbar DBP

Foto : Md Azinuddin - KKBS


Pekan Bangar, Rabu, 16 Safar 1446/21 Ogos 2024 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Semula Perpustakaan DBP Daerah Temburong. Majlis berlangsung di Perpustakaan DBP Daerah Temburong. 


Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan perasmian ialah Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.


Perpustakaan DBP Daerah Temburong mula ditutup pada 4 November 2023 bagi kerja-kerja menaik taraf dan mengubah suai bangunan perpustakaan tersebut. Dalam usaha untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku, Perpustakaan DBP Daerah Temburong kini dibuka semula dengan reka bentuk dalaman baharu berkonsepkan permata hijau yang menjadi calak Daerah Temburong serta rekaan ruang bacaan berupa taman bagi gedung ilmu pengetahuan.

 

Majlis seumpama ini diharap dapat membuka mata masyarakat agar perpustakaan tidak hanya dilihat sebagai tempat penyimpanan buku tetapi sebagai tempat pencarian ilmu dan ruang berkumpul untuk mencari maklumat secara santai di samping dapat memberi informasi yang bermanfaat. Setakat ini, Perpustakaan DBP Daerah Temburong memiliki koleksi buku seperti karya am, falsafah, agama, sains kemasyarakatan, bahasa, sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan, geografi dan sejarah am.

 

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah DBP, Yang Mulia Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Pemangku Timbalan Pengarah DBP, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan ketua-ketua jabatan di Daerah Temburong.


20240821_PerasmianSemula DBPtemb-27.jpg 20240821_PerasmianSemula DBPtemb-32.jpg 20240821_PerasmianSemula DBPtemb-45.jpg 20240821_PerasmianSemula DBPtemb-47.jpg 


​​​​