​​​​​​​​

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 bagi Tahun 2023

20240626_PKL.jpg

 

Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Ak Hussni, Md Azinuddin - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 Zulhijah 1445 / 26 Jun 2024. – Seramai 22 warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 tahun.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd Yusof, Ketua Guru Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan dan diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah jabatan dan bahagian serta para pegawai dan kakitangan KKBS.


​Pengurniaan P.K.L tersebut adalah sebagai memberikan pengiktirafan dan penghargaan bagi warga KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya atas sumbangan dan jasa bakti mereka kepada raja, negara dan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.



 


​​​​