Page Content
Kunjungan Perpisahan Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam
|
Berakas, Isnin, 3 Zulhijjah 1445 / 10 Jun 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.
|