​​​​​​​​

Lawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Republik Ghana dan rombongan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja

20240608_LawataRasmidari MenteriGhana-7.jpg


Sumber : Siaran Akhbar dan foto JMM



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Jun – Bersempena dengan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam, Yang Berhomat Shirley Botchwey, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Republik Ghana dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja petang tadi.

 

Ketibaan Yang Berhormat Shirley Botchwey dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.

 

Terdahulu, rombongan Yang Berhormat diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian beredar ke galeri-galeri yang ada di Muzium tersebut dipandu oleh Pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium. Seterusnya Yang Berhormat menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar ramai.​​



20240608_LawataRasmidari MenteriGhana-16.jpg 20240608_LawataRasmidari MenteriGhana-18.jpg ​20240608_LawataRasmidari MenteriGhana-21.jpg 20240608_LawataRasmidari MenteriGhana-22.jpg 




​​​​