​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Kementerian Pertahanan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023

14052024_TKRPG_MINDEF (5).jpg


Sumber : Siaran Akhbar dan Foto JAPEM


Bandar Seri Begawan, Selasa, 04 Zulkaedah 1445 / 14 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Kementerian Pertahanan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

 

Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang berjumlah Tujuh Puluh Lapan Ribu Dua Ratus dan Tiga Ringgit (BND 78,203.00).

 

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

 

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, YM Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.


14052024_TKRPG_MINDEF (8).jpg

 

Tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dilanjutkan selama tiga bulan lagi, iaitu sehingga 18 Julai 2024 bagi memberi 2 peluang kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma kepada rakyat Palestin di Gaza.

 

Orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan kutipan derma bagi tabung berkenaan hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat se​laku Urus Setia Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, jika hasil kutipan bersih (100%) disumbangkan kepada tabung berkenaan. Jika ada individu, persatuan dan agensi lain yang berdaftar ingin menderma sebahagian sahaja dari hasil kutipan bersih yang diperolehi dari mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk hiburan awam, adalah disarankan untuk memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Selain itu, orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan juga boleh menderma secara dalam talian melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), nombor akaun 00-001-01-0089051 (Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023) atau melalui perkhidmatan BIBD QuickPay dengan mengimbas Kod QR yang boleh didapati di poster-poster dan pelekat-pelekat (sticker) Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023. 8. Peti-peti tabung juga disediakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara. Di samping itu, orang ramai juga boleh menghantar derma terus kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat.​​​​




​​​​