​​​​​​​​

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya 1445/2024

IMG_9641.jpg

IMG_9767 (3).jpg


Sumber Berita: KKBS

Foto: JMM


BERAKAS, Rabu, 28 Syawal 1445 / 8 Mei 2024 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Antara objektif Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini ialah bagi menzahirkan rasa kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim, ukhwah dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis Ramah Mesra Aidilftri kali ini diselanjurkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan dan Sijil Penghargaan kepada Pesara-Pesara Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 tahun, 2024 kepada rakan-rakan strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibaca oleh Yang Mulia Awang Muhammad Irfan bin Haji Aliakbar, Pegawai i-Ready Perkembangan Ugama Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis.

 

Seterusnya, Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan dan Sijil Penghargaan kepada Pesara-Pesara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Seramai 56 pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah bersara bagi tahun 2023.


Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Tahun 2024.  Sebanyak 114 rakan strategik yang telah diberikan penghargaan.


Majlis penghargaan ini diraikan adalah untuk mengiktiraf nilai yang wujud dalam seseoang pekerja yang telah memberikan sumbangan khidmat sepanjang bertugas dengan kerajaan dan memberikan penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang telah menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-40 yang telah diadakan pada 24 Februari 2024 yang lalu.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Yang Mulia Awang Haji Zakaria binti Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


IMG_9911.jpg

IMG_9871.jpg

IMG_0055.jpgIMG_0055.jpg


​​​​