​​​​​​​​

Kembara Amal Ramadan bagi tahun 1445H/2024M

UPA_8572.jpg


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadan secara serentak di keempat-empat daerah bagi tahun 1445H/2024M bagi menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada 17 buah keluarga daripada golongan susah yang tersenarai di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) termasuklah penerima bantuan kebajikan bulanan, anak yatim, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

DAERAH TEMBURONG


Di Daerah Temburong, sebanyak ke 4 buah rumah telah dikunjungi yang diketuai oleh YM Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 

Kembara bermula dari dua buah rumah di Kampung Perpindahan Rataie dan diteruskan ke Kampung Sungai Tanit dan Kampung Labu Estate.

 

Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong, pegawai-pegawai kanan daripada sektor kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

  

UPA_8586.jpgIMG_7263.JPGIMG_7293.JPGIMG_7305.JPG


Foto : Md Nashrullah - JMM


 

DAERAH TUTONG


Bagi Daerah Tutong, rombongan Kembara Amal Ramadan diketuai ialah YM Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sebanyak 5 buah rumah dikunjungi yang dimulai dari Kampung Bukit Beruang, Kampung Serambangun, Kampung Luagan Dudok, Kampung Bakiau Kiudang dan Kampung Kupang.


Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong, YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, pegawai-pegawai kanan daripada sektor kemasyarakatan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


​​IMG_7753.jpg IMG_7827.jpg IMG_7931.jpg IMG_8031.jpg WhatsApp Image 2024-04-08 at 21.30.48_0abba1d1.jpg 

Foto : Mohd Aiman Sufyan - JAPEM

 

 

DAERAH BELAIT

 

Sementara Kembara Amal Ramadan di Daerah Belait diketuai oleh YM Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 

Sebanyak 4 buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan tersebut yang dimulakan dari Kampung Sungai Teraban, STKRJ Mumong 'A', Jalan Keruak, RPN Panaga, Seria dan Jalan Nakhoda Manis, Seria.

 

Turut menyertai rombongan ialah pegawai-pegawai kanan daripada sektor kebeliaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


AZN_5029.JPG AZN_5071.JPG AZN_5134.JPG ​

Foto: Md Azinuddin - KKBS


 

 

DAERAH BRUNEI MUARA

 

Rombongan di Daerah Brunei Muara pula diketuai oleh YM Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kesukanan).

 

Kembara ke 4 buah rumah bermula dari Jalan Limau Manis, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Lumapas B, Kampung Perpindahan Lambak Kanan dan Kampung Pulaie.

 

Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Awang Zainol bin Mohamed, Ketua Kampung Putat, Daerah Brunei dan Muara, pegawai-pegawai kanan daripada sektor kesukanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

 

Penerima-penerima sumbangan tersebut adalah terdiri daripada golongan yang menerima Bantuan Kebajikan Bulanan, Elaun Kurang Upaya, Pencen Umur Tua, dan Anak-anak Yatim.

 

Program ini merupakan program tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memperkukuhkan ikatan di antara pihak kerajaan dan masyarakat yang memerlukan. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban orang-orang susah selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dengan penuh keriangan dan kesyukuran.​​


IMG_5545.JPG IMG_0061.JPG ​IMG_0098.JPG ​IMG_0129.jpg 

Foto : Pg Md Fawzy, Hj Md Syazwan - PSB 



​​​​