​​​​​​​​

Majlis Membaca Surah Yaa Sin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja

20240403_Majlis Tahlil-12.jpg 


Sumber : Siaran Akhbar PSB

Foto : Md Azinuddin - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Ramadan 1445H/3 April 2024M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Sej​​arah Brunei telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil Untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja.

 

Hadir selaku Ketua Rombongan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Bacaan Surah Yaa Sin dan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janip/Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

 

Lebih kurang 250 warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menghadiri Majlis Membaca Surah Yaa Ssin dan Tahlil tersebut.

 

Juga hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, dan wakil-wakil rakan strategik KKBS.​


20240403_Majlis Tahlil-3.jpg20240403_Majlis Tahlil-9.jpg 20240403_Majlis Tahlil-19.jpg AZN_4019.JPG


​​​​