​​​​​​​​

Majlis Khatam Al-Quran bagi residen/penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) bersama JAPEM

02042024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN RESIDEN KRK (3).jpg



Sumber : Siaran Akhbar dan foto JAPEM


Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi residen/penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) yang turut disertai oleh pegawai dan kakitangan JAPEM sempena Nuzul Al-Quran tahun 1445H/2024M di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Seramai 34 orang pegawai dan kakitangan JAPEM telah menyertai majlis khatam ini yang terdiri daripada 19 orang peserta lelaki dan 15 orang peserta perempuan. Manakala residen/penghuni KRK pula disertai oleh 6 orang peserta lelaki dan 13 orang peserta perempuan.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan YM Datin Hajah Dayang Binanun binti Haji Bungsu.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran, Takhtim dan Doa Khatam secara beramai. Majlis juga diserikan dengan Dikir  Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Sayyidul Istighfar.

 

Majlis yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat di samping untuk memantapkan mutu bacaan Al-Quran serta mendidik penghuni dan residen agar sentiasa membaca, mencintai dan mendengar Al-Quran sebagai amalan hidup seharian.

 

Turut hadir ialah YM Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis. 



02042024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN RESIDEN KRK (2).jpg02042024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN RESIDEN KRK (10).jpg02042024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN RESIDEN KRK (12).jpg02042024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN RESIDEN KRK (13).jpg


​​​​