​​​​​​​​

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma Kewangan Kepada Anak-Anak Yatim.

02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim (6).jpg


Sumber : Siaran Akhbar JBS

Foto : Ak Hussni - KKBS, Md Nasrullah - JMM, 



BERAKAS, Selasa, 22 Ramadhan 1445/2 April 2024. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan telah mengungkayahkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma Kewangan Kepada Anak-Anak Yatim Pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1445/2024 bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis ini diadakan bagi memperingati Nuzul Al-Quran yang merupakan salah satu acara kebesaran Islam yang lazim diraikan di negara ini. Majlis ini juga diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah menamatkan tadarus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Aturcara majlis didahului dengan Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diteruskan lagi dengan dikir marhaban oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta bacaan tahtim dan bacaan tahlil diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Irfan bin Haji Aliakbar dan Yang Mulia Abdul Muazzam Azri bin Zulkifli, i-Ready Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia.

 

Majlis diserikan lagi dengan Ceramah Nuzul Al-Quran bertajuk “Al-Qur'an Pedomanku" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.

 

Seterusnya penyampaian sumbangan derma kewangan kepada 22 orang anak-anak yatim pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Muhammad Irfan bin Haji Aliakbar, i-Ready Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia.


Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan); Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim (1).jpg 02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim (2).jpg

02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim (8).jpg

 02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim_Nash (14).JPG 02042024_Majlis Sambutan Nuzul, Khatam & Derma Yatim_Nash (15).JPG





​​​​