​​​​​​​​

Mesyuarat ke-31 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC)

25032024_31stASCC.jpeg


Sumber : Siaran Media KKBS


LUANG PRABANG, LAO PDR, 13 Ramadan 1445 / 24 Mac 2024 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menghadiri Mesyuarat ke-31 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang telah diadakan pada 23 hingga 24 Mac 2024 di Luang Prabang, Lao PDR. Mesyuarat tersebut yang bertemakan “Enhancing Connectivity and Resilience" dipengerusikan oleh Puan Yang Terutama Suanesavanh Vignaket, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Lao, selaku Pengerusi Majlis ASCC tahun 2024, dan turut dihadiri oleh para Menteri ASCC atau wakil, dan Setiausaha Agung ASEAN. Mesyuarat juga dihadiri oleh Timor-Leste selaku pemerhati. Mesyuarat Ke-31 Majlis ASCC didahului oleh Mesyuarat Ke-2 Ad-Hoc Working Group to Develop ASCC Post-2025 Strategic Plan dan Mesyuarat Ke-36 Senior Officials Committee Meeting for the ASCC (SOCA) yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Mac 2024.

 

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri ASCC bertukar-tukar pandangan berkaitan hala tuju strategik Tunggak ASCC, terutama perkembangan pembentukan ASCC Post-2025 Strategic Plan. Antara lainnya, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menekankan kepentingan peranan budaya dan kesenian ASEAN dalam memanfaatkan potensi budaya dalam pembangunan ASEAN, dengan memperkasa perusahaan budaya yang didorong oleh masyarakat yang juga akan membuka kunci inovasi dan kreativiti sekali gus memberi manfaat kepada ASEAN.

 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menghadiri ASCC Council's Interface bersama Menteri-Menteri Badan Sektoral ASCC Lao PDR bagi ASEAN Community Vision 2045, yang mana Mesyuarat ke-31 Majlis ASCC mengambil maklum mengenai pandangan dan cadangan Menteri-Menteri tersebut. Pada

penghujung mesyuarat, Menteri-Menteri ASCC menghargai kejayaan dalam pembangunan dan pelancaran ASCC Database for Monitoring and Evaluation (ADME) System, yang menggariskan peranan penting data berasaskan bukti dalam pembentukkan dasar ASCC, perancangan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif, serta mengukuhkan lagi perkongsian dan kerjasama.

 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah disertai para pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.​​​


 25032024_31stASCC(02).jpeg 25032024_31stASCC(03).jpeg



​​​​