​​​​​​​​

Majlis Tadarus terus disemarakkan

24032024_Majlis tadarus_PB.JPG

Sumber Pelita Brunei 

Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan, Md Azinuddin - KKBS



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Ramadan 1445 / 24 Mac 2024. - Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi diteruskan lagi bagi malam ke-13 di Surau, Istana Nurul Iman, di sini.


Hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.


Hadir sama, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.


Atur cara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak dan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah, diikuti dengan bacaan Tadarus Al-Quran. Majlis kemudiannya diakhiri bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Juga hadir, pegawai-pegawai daerah, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan daripada KKBS.


AZN_1693.JPGAZN_1673.JPG AZN_1627.JPG AZN_1648.JPG




​​​​