​​​​​​​​

Majlis Bertadarus Al-Quran bagi KKBS dan Jabatan-jabatan dibawahnya

19032024_Tadarus-8.jpg


Sumber : Siaran Akhbar KKBS

Foto: Md Azinuddin - KKBS


BERAKAS, Selasa, 7 Ramadan 1445H / 19 Mac 2024 - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis/Madang, Daerah Brunei dan Muara.

 

Program ini dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis/Madang, Daerah Brunei dan Muara.

 

Program Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang didahului oleh Yang Mulia Awang Nuzuli bin Haji Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid serta disusuli dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.

 

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan wakaf dan majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

 

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis/Madang, Daerah Brunei dan Muara.


19032024_Tadarus-16.jpg​ 19032024_Tadarus-12.jpg 19032024_Tadarus-18.jpg 19032024_Tadarus-20.jpg 




​​​​