​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Mangsa Bencana

05022024_Penyerahan Bantuan Kewangan Temburong (3).jpg


​Sumber: Siaran Akhbar & Foto JAPEM


Temburong, Isnin, 24 Rejab 1445/05 Februari 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyerahkan bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat kepada YM Awang Panai bin Agong dan YM Awang Solaiman bin Agong, pemilik rumah dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit, Daerah Temburong pada 19 Januari 2024. Majlis penyerahan berlangsung di Kampung Parit, Temburong.


Rumah dua tingkat milik YM Awang Panai bin Agong didiami oleh 9 orang penghuni telah ranap sepenuhnya termasuklah 4 buah kenderaan dan sebuah perahu milik penghuni. Semasa kejadian, 4 orang penghuni berada di tempat kejadian, manakala 5 orang lagi bekerja dan berada di rumah saudara terdekat. Akibat kejadian itu, salah seorang anak YM Awang Solaiman bin Agong berumur 22 tahun telah terkorban. Punca kebakaran dipercayai akibat daripada penyambungan pendawaian elektrik yang usang.


Bantuan catuan makanan asasi dan keperluan asas juga diberikan kepada keluarga mangsa. Pemberian bantuan kewangan hari ini adalah bagi meringankan kesusahan yang di alami oleh keluarga mangsa. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah




​​​​