​​​​​​​​

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah

30012024_Peraduan Esei Mekar (3).JPG


​Sumber : Siaran Akhbar DBP

Foto : Khairul Anuar - DBP


Bandar Seri Begawan, Selasa, 18 Rejab 1445/30 Januari 2024 - Dalam usaha untuk memupuk dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah mengungkayahkan Peraduan Menulis Karangan Majalah Naindung.Mekar.Juara Pelajar DBP 2023. Majlis Penyampaian Hadiah bagi para pemenang peraduan tersebut diadakan di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas pagi tadi.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, melancarkan buku-buku terbaharu terbitan DBP dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pemangku Pengarah DBP, Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Pengarah-pengarah di bawah KKBS, pengetua dan guru besar, guru-guru, para ibu bapa, penulis dan penggiat sastera tanah air.

 

Acara pada pagi ini turut memperlihatkan usaha DBP dalam memperkaya sumber bacaan melalui pelancaran tujuh buah buku terbaharu, iaitu tiga buah buku di bawah Semarak Juara berjudul Tinta Remaja, Inspirasi Bijak dan Mengenali Gaya Bahasa dalam Penulisan Kreatif, sementara empat buah buku lain bertajuk Seribu Liku ke Menara Gading, Menelusuri Arus Seni Silat Cakak Asli Brunei, Introspeksi: Bina Keyakinan Diri dan Tik Tik Lor: Titian Patah.

 

Antara lain tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk mendekatkan majalah Naindung, Mekar dan Juara Pelajar kepada para pelajar sekolah sebagai bahan bacaan tambahan; membimbing generasi muda membentuk ayat yang kemas, ejaan yang betul, tatabahasa yang tepat dan membentuk idea serta menghuraikan secara objektif dan kreatif; serta menimbulkan minat dan menggalakkan generasi muda menulis dalam bidang penulisan kreatif dan bukan kreatif.

 

Bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Naindung.Mekar.Juara Pelajar DBP 2023, pihak urus setia menerima penyertaan keseluruhan sebanyak 388 buah karangan daripada 365 peserta, iaitu 174 buah karangan bagi kategori A, 108 buah karangan bagi Kategori B, 82 buah karangan bagi Kategori C dan 24 buah karangan bagi Kategori D. Seramai enam orang pemenang bagi setiap kategori dipilih untuk menerima hadiah penghargaan berupa wang tunai, plak, sijil dan majalah terbitan DBP. Turut diselajurkan, penyampaian Hadiah Penghargaan Penyertaan Sekolah Terbaik dan Hadiah Penghargaan Penjualan Majalah Terlaris 2023.

 

Acara juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Penulisan Citra Sajak sempena Sambutan Bulan Bahasa 2023 dengan membawa tema “Bahasa Membudayakan Kita". Peraduan ini merupakan antara usaha jabatan dalam memupuk dan menarik minat penulis untuk berkarya menerusi media sosial dan berinovasi dalam merancakkan industri kreatif 4.0.  

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan mari bercerita daripada pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Md. Khairun Azfar bin Md. Zaiful Rizan, iaitu Juara Pertandingan Mari Bercerita Warisan Brunei 2023.



 30012024_Peraduan Esei Mekar (31).JPG30012024_Peraduan Esei Mekar (32).JPG 30012024_Peraduan Esei Mekar (33).JPG30012024_Peraduan Esei Mekar (34).JPG


Senarai Pemenang:


KATEGORI A

 

PEMENANG PERTAMA

​Dayang Nur Ayesha Irdhina binti Mohammad Shahrol Azren @ Ameerah Taqiyah, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tajuk karangan:  Kehidupan Saya Sebagai Seorang Pesakit Thalassemia Major. Pemenang menerima Wang Tunai $250.00, Plak, Sijil, dan Majalah Mekar.

 

PEMENANG KEDUA

Dayang Nur Alya Humaira binti Masrodie, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah​ dengan tajuk karangan: Faedah Kepentingan Kitar Semula. Pemenang Wang Tunai $200.00, Plak, Sijil dan Majalah Mekar.

 

PEMENANG KETIGA

Awang Kasyfe Hakimy bin Mohamad Helmme, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah​ dengan tajuk karangan: Bekarih, Bejarih, Belurih. Pemenang menerima Wang Tunai $150.00, Plak, Sijil, dan Majalah Mekar.

 

SAGU HATI: 3 peserta menerima Wang Tunai $75.00, Plak, Sijil, dan Majalah Mekar

 

Dayang Aleesya Shakira binti Irwan, Sekolah Saint Angela, Seria dengan tajuk karangan: Faedah Mengaji. 

Awang Adam Syahier Al-Hamiidy bin Mohammad Ali, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tajuk karangan:Hobi Saya. 

Awang Aliff Asyraf bin Musli, Sekolah Rendah Chung Ching, Seria dengan tajuk karangan: Sehari Selembar Benang, Lama-Lama Menjadi Kain.

 

(KATEGORI B)

 

PEMENANG PERTAMA

Awang Javien Chong Xian Wen, Sekolah Saint Andrew​ dengan tajuk karangan : Inisiatif-Inisiatif Menjaga Alam Sekitar. Pemenang menerima Wang Tunai $350.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

PEMENANG KEDUA

Awang Muhammad Arsyad Faiz bin Abdul Aziz, Sekolah Saint Andrew dengan tajuk karangan: Langkah-Langkah Berwaspada Semasa Bercuti Menggunakan Perjalanan Darat. Pemenang menerima wang tunai $300.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

PEMENANG KETIGA

Awang Ahmad Adaniy bin Rushdi, Sekolah Saint Andrew dengan tajuk karangan : Kebaikan dan Keburukan Aplikasi Kod QR. Pemenang menerima wang tunai $250.00,  plak, sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

SAGU HATI 3 peserta menerima Wang Tunai $100.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

Awang Muhamad Haziq bin Dato Paduka Haji Ja'afar, Sekolah Saint Andrew dengan tajuk karangan : Cara-cara Menjaga Kesihatan. 

Awang Shannen Xavier Tsen Jia EE, Sekolah Saint Andrew dengan tajuk karangan: Kebaikan dan Keburukan E-Dompet. 

Awang Muhammad Nur Mahdi Zuhair bin Haji Mohamad Ali Hassan, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dengan tajuk karangan: Jauhari.


 

(KATEGORI C)

 

PEMENANG PERTAMA

Dayang Lim Qi En, Sekolah Saint Andrew​ dengan tajuk karangan: Punca-punca Remaja Kurang Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukarelawan. Pemenang menerima wang tunai $400.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

PEMENANG KEDUA

Dayang Cheryll Lim Xue Rou, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, dengan tajuk karangan: Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Buli Dalam Kalangan Remaja. Pemenang menerima Wang Tunai $350.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

PEMENANG KETIGA

Dayang Ayra Najibah binti Haji Irwandy Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar​ dengan tajuk karangan: Penyakit-Penyakit Berbahaya. Pemenang menerima Wang Tunai $300.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar.

 

 

 

SAGU HATI: 3 Peserta menerima Wang Tunai $100.00, Plak, Sijil, dan Majalah Juara Pelajar

 

Dayang Aleya Anak Claxairi, Sekolah Menengah Chung Ching dengan tajuk karangan: Keinsafan.

Awang Danish Azhar bin Mohammad Akhmalnizam, Sekolah Saint Andrew dengan tajuk karangan: Aktiviti Kokurikulum Satu Kemestian.

Dayang Shanice Lim Hui Ping, Sekolah Saint Andrew, dengan tajuk karangan: Masalah Pengangguran Dalam Golongan Belia.


 

 (KATEGORI D)

 

 

PEMENANG PERTAMA

Dayang Nurfarzana Wajihah binti Mohamad Ariffin, Sekolah Ugama Amar Pahlawan​ dengan tajuk karangan: Abang Saya. Pemenang menerima Wang Tunai $150.00, Plak, Sijil, dan Majalah Naindung.

 

PEMENANG KEDUA

Awang Muhammad Harris Zakariya bin Ra'ame, Sekolah Ugama Beribi Telanai​ dengan tajuk karangan Malang Tidak Berbau. Pemenang menerima Wang Tunai $100.00, Plak, Sijil, dan Majalah Naindung.

 

PEMENANG KETIGA

​Awang Srinazrul Razeeq bin Srinarawie, Sekolah Ugama Bukit Udal, Tutong dengan tajuk karangan : Reren dan Owen Budak Bijak. Pemenang menerima Wang Tunai $75.00, Plak, Sijil, dan Majalah Naindung.

 

SAGU HATI: 3 Peserta menerima  Wang Tunai $50.00, Plak, Sijil, dan Majalah Naindung

 

Dayang Aleeya Ajwa Fatehah binti Amirin Asikin, Sekolah Ugama Pulaie dengan tajuk karangan: Jadikah Keutamaan Sembahyang Fardhu lima Waktu.

Dayang Nur Syasya Farzana binti Ibrahim, Sekolah Ugama Awang Semaun dengan tajuk karangan: Cita-Cita Saya. 

Dayang Aleesya Ameena Syifa binti Amirin Asikin, Sekolah Ugama Pulaie, dengan tajuk karangan Kepentingan Adab Dalam Kehidupan Seharian.


 

HADIAH PENGHARGAAN PENYERTAAN SEKOLAH TERBAIK

 

KATEGORI A: Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

KATEGORI B: Sekolah Saint Andrew

KATEGORI C: Sekolah Saint Andrew

KATEGORI D: Sekolah Ugama Pulaie

 

HADIAH PENGHARGAAN PENJUALAN MAJALAH TERLARIS 2023

 

MAJALAH NAINDUNG: Sekolah Rendah  Lubok Pulau

MAJALAH MEKAR: Sekolah Saint George

MAJALAH JUARA PELAJAR:  Sekolah Menengah Chung Ching, Seria​

 




​​​​