​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Mangsa Bencana

BencanaKewangan-2.jpg


Sumber : Siaran Akhbar JAPEM

Foto : Md Azinuddin - KKBS


Seramai 15 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran, angin kencang dan rumah roboh/tidak selamat didiami telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seramai sembilan (9) orang ketua keluarga daripada lima belas (15) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir, satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran, dua (2) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh / tidak selamat untuk didiami dan tiga (3) ketua keluarga terlibat dalam kejadian angin kencang. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

 

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


BencanaKewangan-12.jpg BencanaKewangan-11.jpg BencanaKewangan-9.jpg BencanaKewangan-13.jpg


​​​​