​​​​​​​​

Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023

​Sumber : Siaran Media KKBS

Bandar Seri Begawan, 26 Jamadialawal 1445 / 10 Disember 2023. - Negara Brunei Darussalam melalui  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) khususnya Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 dengan tema 'Kerja Sukarela, Andai Semua Orang Melakukannya' (Volunteering: If Everyone Did) yang diadakan  serentak di keempat-empat daerah bermula pada hari ini, 10 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024. 

Hari Sukarelawan Antarabangsa adalah mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  yang diadakan pada 5 Disember setiap tahun. Hari Sukarelawan Antarabangsa dilihat sebagai peluang  unik untuk sukarelawan dan organisasi meraikan usaha mereka, berkongsi dan mempromosi kerja  mereka serta menyumbang kepada keamanan dengan menyokong pengiktirafan sukarelawan dalam  program pembangunan. 

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk  mengumpulkan masyarakat Negara Brunei Darussalam dalam pembangunan semangat  kesukarelawanan, serta menjadi lambang perpaduan dan usaha di pelbagai peringkat masyarakat  menuju ke arah perubahan melalui pendekatan bersama dan bekerjasama. 

Antara lain objektif utama sambutan adalah untuk mengadakan Kempen Hari Bertindak bagi  mengumpul dan memantau program kesukarelawanan disamping mengadakan jerayawara untuk  memberi kefahaman tentang konsep kesukarelawanan dan memberi penghargaan kepada  sukarelawan dan organisasi yang aktif dalam kerja sukarela. 

Bersempena dengan sambutan tersebut, Majlis Pelancaran dan Penghargaan Kempen Hari Bertindak telah berlangsung di Hab Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Hadir selaku  Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral(B) Dato Paduka  Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri  Pertahanan II. Turut hadir menyertai aktiviti Kempen Hari Bertindak (DOA) di Daerah Brunei Muara  itu adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamd, Menteri  Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin,  Setiausaha Tetap Urustadbir Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Yang Mulia Dayang  Aldila binti Haji Md Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.  

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-alu daripada Yang Mulia  Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan selaku Pengerusi  Bersama Majlis. Acara diteruskan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada lima (5) Trailblazers Aplikasi Mengalinga bagi sesi 2022-2023) dan juga lima (5) highflyers Aplikasi  Mengalinga bagi sesi 2022-2023 yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Lima (5)  Highflyers berkenaan telah menerima sijil, plak dan wang dalam bentuk 'mock cheque' yangmana  highflyer pertama menerima wang tunai sebanyak $1,500.00, Highflyers kedua menerima wang tunai  sebanyak $1,250.00, tempat ke tiga highflyers menerima wang tunai $1,000.00, tempat keempat  Highflyers menerima wang tunai $750.00 dan tempat ke lima Highflyers menerima wang tunai  sebanyak $500.00 disampaikan oleh Pengiran Azaleen bin Pengiran Haji Mustapha, Timbalan Ketua  Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan daripada Bank Baiduri. Acara juga mengambil peluang  untuk penyampaian sijil kepada peserta-peserta Program Sukarelawan ASEAN 2023 dan penaja penaja Kempen Hari Bertindak 2023 diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kebudayaan, Belia dan  Sukan. Setelah itu, Tetamu Kehormat dan rombongan diiringi untuk melawat pameran sukarelawan. Tetamu Kehormat melancarkan Kempen Hari Bertindak(DOA) dengan pelepasan konvoi Vespa yang  menghantar barang bantuan kepada orang-orang yang memerlukan di Kampong Katok dan kampong  Tungku. 

Bagi memeriahkan lagi acara, berbagai aktiviti sampingan turut diadakan di sekitar kawasan Hub  Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas seperti pameran sukarelawan, aktiviti perkhidmatan gunting sukarela, aktiviti Canvas Kitani dengan hashtag #ifeveryone did, aktiviti peduli kucing, pameran Program Tanggungjawab Sosial Korporate atau Corporate Social Responsibilities (CSR)  daripada Bank Baiduri dan lawatan ke ASEAN Volunteer Programme, aktiviti nmemperbisaikan Taman  Budiman iaitu menanam bunga dan mengecat pasu serta lain-lain aktiviti. Disamping itu, Bengkel  Aplikasi Mengalinga diadakan secara virtual serentak di antara keempat-empat daerah melalui Pusat Pusat Belia.  

 

10122023_DOA BSB-84.jpg



Di Daerah Temburong aktiviti Kempen Hari Bertindak (DOA) bermula di Dewan Kemasyarakatan  Belalong. Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran  Haji Mahmud, Setiausaha Tetap(Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir  juga adalah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap  (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan. 

 

Di Daerah Temburong, acara dimulakan dengan sesi Senamrobik diikuti dengan aktiviti menanam  anak pokok. Tetamu Kehormat dan rombongan juga mengunjungi Bengkel Aplikasi Mengalinga yang  diadakan secara virtual sebalum meneruskan menyertai aktiviti kempen kebersihan di kawasan  Masjid Utama Mohammad Salleh Bangar, membersihkan tanah perkuburan Semamang, Temburong  dan diakhiri dengan aktiviti membersihkan Masjid Batu Apoi. 


WhatsApp Image 2023-12-10 at 13.22.53 (1).jpeg



Manakala Di Daerah Belait pula, Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Ahmad Nizam  bin Dato Paduka Haji Ismail, Pemangku Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian  Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Aktiviti Kempen Hari Bertindak (DOA) di Daerah Belait bermula di Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan  Cawangan Belait dimana Tetamu Kehormat dan rombongan menyaksikan Klinik Belajar Violin daripada KD & Arts Academy, menyaksikan aktiviti asas anyaman bakul daripada Majlis Perundingan  Kampong(MPK) Melilas. Tetamu Kehormat dan rombongan juga menyaksikan Bengkel Aplikasi Mengalinga secara virtual sebelum beredar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kempong Pandan bagi  menyaksikan seminar dan bengkel pembentukan jaringan dan peluang perniagaan bagi pengusaha pengusaha tempatan di Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Persatuan Perempuan  (PKP) Daerah Belait dan Majlis Perundingan Kampong Pekan Kuala Belait. 

Setelah itu, Tetamu Kehormat dan rombongan menuju ke Kompleks Sukan Mumong bagi  menyaksikan beberapa aktiviti yang diadakan di sana iaitu latihan renang kanak-kanak yang  dikendalikan oleh KB Piranha Swimming Team, aktiviti program Grassroot Coaching and Mini Grassroot  Tournament (Small sided games) yang dikendalikan oleh HAWA Academy di bawah gabungan  Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait , aktiviti Workout for health daripada Mayhem Gym, serta  demonstrasi persilatan daripada Pertubuhan Seni Warisan Pelangi Negara Brunei Darussalam yang  merupakan aktiviti akhir Kempen hari Bertindak (DOA) di Daerah belait. 

Sementara di Daerah Tutong, aktiviti Kempen Hari Bertindak (DOA) telah berlangsung di Kompleks  Sukan Tutong dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji  Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap Kemasyarakatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan  Sukan. Turut hadir sama adalah Yang Mulia Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakhbar, Timbalan  Setiausaha Tetap II, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Aturcara dimulakan  dengan bacaan surah al-fatihah dan doa selamat dengan pelepasan kenderaan 4 X 4 Wheel yang  menghantar bantuan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Tutong dan Belait. Tetamu  Kehormat dan rombongan seterusnya bergerak ke kawasan banguan Pusat Belia Tutong bagi mengikuti aktiviti sesi senamrobik pemanasan badan sebelum meneruskan aktiviti menanam pokok  bunga bersama pengerak belia IMPAK Tutong dan sukarelawan-sukarelawan. 

Setelah itu, aktiviti mengecat Pondok bagi Bangunan Bunga Cempaka Bersaudara juga diikuti oleh  Tetamu Kehormat dan rombongan sebelum beredar ke Lamin Warisan Kg Tanjung Maya bagi  menyaksikan tatacara membuat pulut panggang. Tetamu Kehormat dan rombongan meneruskan  aktiviti melawat pameran daripada Angkasa Oud Kg Tanjung Maya dan selepas itu mengikuti aktiviti  INFAQ di Masjid Kg Tanjung Maya bersama Majlis Perundingan kampong berkenaan juga melawat ke  Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dan disammbut oleh Persatuan Bulan Sabit Merah bagi  menyaksikan kegiatan-kegiatan PKWE, Tutong. Acara diakhiri dengan melawat bengkel aplikasi bagi menyaksikaan bengkel aplikasi mengalinga yang diadakan secara virtual di Pusat Belia Tutong. 


IMG_1351.jpg

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengalu-alukan penyertaan para  belia untuk mengikuti pelbagai aktiviti-aktivi kesukarelawan yang telah pihak urusetia majlis sediakan  ke empat-empat daerah. Bagi sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 2381903  sam.1304 atau menghantar e-mel ke ivdbn.jbs@gmail.com atau instagram@dayofaction.brunei.



​​​​