​​​​​​​​

Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Kepimpinan

UPA_4498.jpg



Sumber : KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS


Bandar Seri Begawan, Khamis, 25 Rabiulakhir 1445 / 9 November 2023 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Kepimpinan bagi seramai 23 pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Kursus berlangsung selama dua hari, iaitu pada Rabu dan Khamis, 8 dan 9 November 2023 di Bilik Juri, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Pemudahcara jemputan bagi kursus ini ialah Yang Mulia Tengku Sri Indra bin Ismail,​ seorang konsultan dan jurulatih yang diiktiraf di dalam bidang Tingkah Laku dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun menjadi mentor dan pakar runding.

   
Kursus ​ini akan memberikan pengetahuan mengenai prinsip komunikasi interpersonal, budi pekerti dalam berkomunikasi, minda untuk kesempurnaan dalam komunikasi interpersonal, menyelesaikan konflik dan perundingan di tempat kerja.


09112023_Zaim day1 (1).jpg09112023_Zaim day2 (7).jpg





​​​​