​​​​​​​​

Seminar Kebangsaan Arkib 2023

07112023_Seminar Arkib Antarabangsa (2).jpg


Sumber : Siaran Akhbar Arkib Negara Brunei Darussalam

Foto : Md Nashrullah - JMM

 

 

 

Tungku Link, Selasa, 23 Rabiulawal 1445 / 07 November 2023 - Jabatan Muzium-Muzium melalui Arkib Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam telah berganding bahu untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan Arkib 2023 pada 23 Rabiulawal 1445 / 07 November 2023 di Bilik Senat, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Seminar dengan pameran yang diadakan merupakan salah satu inisiatif dalam mendukung usaha Arkib Negara untuk menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah kenegaraan serta menjadi sebuah institusi penyelidikan negara. Dalam melaksanakan hal ini, ANBD akan terus berusaha meningkatkan hubungan kerjasama dengan Institusi dalam dan luar negara bagi tujuan kongsisama dan penyelidikan. 

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan Seminar Kebangsaan Arkib 2023 ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Walsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

 

Pelaksanaan seminar ini juga diadakan bersama dengan pameran yang melibatkan:  

  • AND -  Pengenalan AND, Maklumat mengenai pengurusan rekod termasuk pemeliharaan rekod, dan Beberapa bahan-bahan arkib yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah.

  • SOASCIS, UBD -  Penyelidikan-penyelidikan terkini melalui pameran poster dan Buku-buku terbitan SOASCIS.


  • Kedutaan Besar Republik Türkiye ke Negara Brunei Darussalam ​-  Beberapa bahan-bahan arkib yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah.

 

Tema seminar ini ialah Kearkiban Masa Depan. Tema ini akan menekankan kepentingan bahan-bahan arkib yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah untuk memelihara masa depan negara. Ia akan memberikan peluang kepada pihak-pihak bekepentingan seperti penyelidik, ahli sejarah, pakar budaya, penggubal dasar dan lain-lain untuk membincangkan pelbagai aspek pengarkiban dan kesannya terhadap masyarakat. Ini adalah selaras dengan tema Hari Arkib Antarabangsa pada tahun ini iaitu “Archives United" yang menitikberatkan kebersamaan dalam meraikan kepentingan rekod dan arkib yang telah diamanahkan kepada individu, Institusi awam dan swasta. 

 

Seminar ini melibatkan satu (1) pembentangan perdana dari Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Türkiye ke Negara Brunei Darussalam dengan tajuk pembentangan: Preservation of Turkish Archives and its impact on the vision of Türkiye dan dua (2) pembentangan pada sebelah pagi dari Dr Senad Mrahorovic, Pensyarah SOASCIS UBD (Tajuk pembentangan: Rasail by Abdullah Al-Bosnawi – An Unpublished Manuscript) dan Dr Khalil Ahmad, Pensyarah SOASCIS UBD (Tajuk pembentangan: Al Quran - The Preserved and Everlasting Source of Knowledge). Sesi pembentangan pada sebelah pagi ini akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala, taklimat mengenai Peranan ANBD, Pengurusan Rekod, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kertas akan diadakan di sebelah petang. Sesi taklimat pada sebelah petang akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.

 

Antara matlamat seminar ini diadakan adalah untuk : 

 

  • Menarik golongan profesional, penyelidik, dan pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk memelihara dan mengkaji bahan-bahan arkib yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah.

 

  • Landasan bagi pertukaran pendapat dan interaksi diantara golongan profesional, penyelidik, penggubal dasar dalam memahami kepentingan arkib negara sebagai repositori rekod sejarah, dokumen dan bahan-bahan yang lain. 

 

  • Memberikan peluang kerjasama kepada semua dalam memelihara warisan budaya, sejarah, dan kepentingannya kepada masa depan negara. 

 

  • Meningkatkan kesedaran dan kepentingan pengurusan rekod dalam kalangan penjawat awam.

 

Seminar dengan pameran ini akan memuatkan aktiviti penjualan buku-buku terbitan Jabatan Muzium-Muzium.

 

Turut hadir ialah peserta-peserta seminar yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kerajaan serta tenaga-tenaga akademik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


07112023_Seminar Arkib Antarabangsa (3).jpg 07112023_Seminar Arkib Antarabangsa (1).jpg 07112023_Seminar Arkib Antarabangsa (5).jpg

 


​​​​