​​​​​​​​

Kejohanan Futsal Antara Rumah-Rumah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2023



05112023_Opening Futsal-14.jpg


Sumber : Siaran Akhbar DBP

Foto : Md Azinuddin - KKBS

 


​ 

Bandar Seri Begawan, Ahad, 22 Rabiulakhir 1445 / 05 November 2023 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka mengungkayahkan  Kejohanan Futsal Antara Rumah-Rumah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2023 pada 4, 5,  8 dan 14 November 2023 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 


Sebanyak dua kategori dipertandingkan bagi kejohanan ini, iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Lelaki Veteran. Lima buah pasukan rumah, iaitu Bunga Putar, Arap Gegati, Sukma Indera, Silubang Bangsi dan Liputan Madu yang terdiri daripada warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan  jabatan-jabatan di bawahnya akan berentap dan bersaing bagi merebut pingat emas, perak dan gangsa.  


Majlis Perasmian Kejohanan Futsal Antara Rumah-Rumah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,  2023 diadakan pada hari Ahad (Malam Isnin), 22 Rabiulakhir 1445/5 November 2023, pukul  7.30 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Hadir  selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan perasmian Kejohanan Futsal ialah  Yang Mulia Pengiran Mohamad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap  (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis juga diisikan dengan Ucapan  Alu-aluan Pengerusi daripada Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku  Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.  


Turut hadir dalam Majlis Perasmian ini ialah Pemangku Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta  jabatan-jabatan di bawahnya berserta keluarga. 


Pengungkayahan Kejohanan Futsal ini menjadi salah satu platform bagi mencari pemain-pemain pelapis yang berpotensi untuk diangkat menjadi wakil pemain bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam kejohanan futsal antara kementerian-kementerian. Selain itu, dengan adanya pelaksanaan  Kejohanan Futsal ini juga turut memupuk semangat kesukanan dan sekali gus memantapkan lagi jalinan  ukhuwah serta permuafakatan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan,  Belia dan Sukan.  



05112023_Opening Futsal-22.jpg 05112023_Opening Futsal-24.jpg 05112023_Opening Futsal-32.jpg 05112023_Opening Futsal-36.jpg 05112023_Opening Futsal-40.jpg ​




​​​​