​​​​​​​​

Hari Sukan ASEAN 2023

29102023_Hari Sukan ASEAN (10).jpg


Sumber : Siaran Akhbar KKBS

Foto : Pg Mohd Fawzy – PSB, Md Nashrullah -JMM


BANDAR SERI BEGAWAN, - Ahad 14 Rabiulakhir 1445 / 29 Oktober 2023 -  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kedutaan ASEAN di Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Hari Sukan ASEAN 2023 sempena sambutan Hari ASEAN yang ke 56 tahun, bertempat di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, pagi ini.

Hari Sukan ASEAN 2023 ini merupakan komitmen semua negara-negara ahli ASEAN yang telah dipersetujui semasa Senior Official Meeting on Sports (SOMS) yang telah diadakan pada bulan November 2018 di Myanmar.

Hari Sukan ASEAN diraikan setiap 8 Ogos dengan tujuan untuk mengeratkan persahabatan dan memupuk perpaduan, persafahaman dan kerjasama dalam kalangan masyarakat ASEAN.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara ASEAN SPORTS DAY 2023 ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan, Selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir pada Hari Sukan ASEAN 2023 ini adalah Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi daripada negara ASEAN, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian-Kementerian di Negara Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan diikuti dengan acara walkaton beramai ramai yang disertai oleh Tetamu Kehormat. Di Hari Sukan ASEAN 2023 pada kali ini beberapa acara lain juga disediakan seperti pameran dan pertunjukan permainan tradisi negara-negara ASEAN.

Penyertaan acara Hari Sukan ASEAN 2023 ini dibukakan kepada semua warga, komuniti ASEAN dan orang ramai secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Hari Sukan ASEAN 2023​ ini diadakan buat kali kedua, kali pertama ianya diadakan pada tahun 2019 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Berakas.


29102023_Hari Sukan ASEAN (5).jpg 29102023_Hari Sukan ASEAN (3).jpg 29102023_Hari Sukan ASEAN (8).jpg


​​​​