Page Content
|
Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 Mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI ke-58)
|
Sumber Berita: KKBS
Foto: KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 25 Rabiulawal 1445 / 11 Oktober 2023 – Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI ke-58) yang bermula pada 9 hingga 12 Oktober 2023 di Rizqun International Hotel, Gadong. Mesyuarat ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Penerangan, Pejabat Perdana Menteri.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ke Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI ke-58) ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan ASEAN Anthem dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan seterusnya Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara di baca oleh Yang Mulia Awang Haji Muhd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Pemantau Zon 2, Masjid Daerah Brunei Muara.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 mengenai Kebudayaan dan Maklumat (ASEAN-COCI ke-58).
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian mesyuarat oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut dihadiri oleh Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi negara-negara ASEAN dan Timor Leste di Negara Brunei Darussalam, Setiausaha-Setiausaha Tetap, , Ketua-ketua Delegasi dan delegasi dari negara-negara ahli ASEAN dan Timor Leste, Sekretariat ASEAN serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Selepas acara majlis pembukaan tersebut, Mesyuarat Plenari telah diadakan yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 mengenai Kebudayaan dan Maklumat (ASEAN-COCI ke-58). Plenari tersebut juga dihadiri oleh ketua dan delegasi dari Negara Ahli ASEAN dan ASEAN Sekretariat.
Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN ke-58 mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI ke-58) adalah merupakan mesyuarat yang diadakan secara tahunan. Mesyuarat ini membincangkan mengenai projek-projek di bawah Jawatankuasa Kecil Kebudayaan (SCC) dan Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI). Mesyuarat ini juga membincangkan kegiatan-kegiatan kebudayaan dan penerangan ASEAN yang selaras dengan ketetapan semasa ASEAN Ministers Responsible for Culture and Arts (AMCA) dan ASEAN Ministers Responsible for Information (AMRI). Kegiatan-kegiatan ini ada termasuk dalam ASEAN pelan tindakan mengenai Kebudayaan dan Penerangan yang dibiayai oleh ASEAN Cultural Fund.

|