​​​​​​​​​​​​​​Setiausaha Tetap ( Kebudayaan )



 
Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan​


​​​​​

Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 19 November 2019 dengan portfolio merangkumi hal ehwal kemasyarakatan, kebudayaan dan hal ehwal antarabangsa. Terdahulu sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha Tetap (Perindustrian) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian sejak 31 Julai 2018. Sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Pengiran Haji Mohd Hasnan pernah memegang jawatan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat di Kementerian Kewangan dan juga Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja di Jabatan Kastam dan Eksais, Kementerian Kewangan.


Pada 18 Julai 2022, portfolio utama Pengiran Haji Mohd Hasnan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diubah meliputi bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus hal ehwal kebudayaan di samping hal ehwal strategi dan dasar di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk hal ehwal produktiviti Kementerian, perhubungan awam, audit dalaman, pembangunan sumber manusia (HRD) dan Info-Teknologi. Beliau juga merupakan CIO (Chief Information Officer) bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  


Di samping itu juga, berkuatkuasa 4 September 2024, Pengiran Haji Mohd Hasnan telah mula menjalankan sementara tugas dan tanggungjawab Setiausaha Tetap (Kesukanan) iaitu bertanggungjawab dalam menyelaras dan mengurus hal ehwal kesukanan dan pada masa yang sama memata-matai hal ehwal pentadbiran Kementerian termasuk hal ehwal pengurusan estet serta hal ehwal keselamatan, kesihatan, sekuriti dan persekitaran (HSSE) dan menyelia Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan.


Manakala di bawah sektor kebudayaan, beliau mengawasi beberapa bahagian dan jabatan di bawah KKBS termasuk Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Muzium-Muzium, Pusat Sejarah Brunei dan Arkib Negara yang semuanya bersama berperanan untuk memelihara dan melindungi budaya, tradisi dan warisan negara.


Pengiran Haji Mohd Hasnan memperolehi ijazah Sarjana Muda (Hons) dari South Bank University, London, United Kingdom dalam jurusan International Tourism and Hotel Management. Pada tahun 2006, Pengiran Haji Mohd Hasnan dianugerahkan ijazah Sarjana oleh Griffith University, Australia dalam jurusan Human Resource Management. Antara hobi dan minat Pengiran Haji Mohd Hasnan ialah membaca, aktiviti kembara (hiking), bermain bolasepak dan futsal. ​​