Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
Program Menyuluh Sejarah Brunei Siri Ke-8
Sumber : Siaran Media dan Foto PSB
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jamadilawal 1448 / 17 Oktober 2026 – Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) menganjurkan Program Menyuluh Sejarah Brunei Siri Ke-8 Tahun 2026 yang diadakan bangunan Pusat Pengkajian Borneo, Anggerek Desa, Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pembentang ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis turut dihadiri oleh pengarah-pengarah, para pensyarah, pegawai dan kakitangan daripada sektor kerajaan dan swasta, ahli akademik, mahasiswa dan mahasiswi daripada institusi-institusi tinggi dari dalam dan luar negara serta para pencinta dan peminat sejarah.
Program Menyuluh Sejarah Brunei merupakan program ilmiah sejarah yang mula dianjurkan pada tahun 2021 oleh Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR). Program ini bertujuan menjadi wadah bagi generasi muda untuk berkongsi hasil kajian serta mengetengahkan penyelidikan yang komprehensif dan mendalam mengenai sejarah Brunei dan Borneo.
Bertemakan “Sumber Sejarah: Kunci Memahami Masa Silam”, Siri Ke-8 kali ini menampilkan dua orang pembentang daripada generasi muda yang akan mengetengahkan hasil kajian masing-masing. Para pembentang terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Dayang Siti Zaviera Jayn binti Haji Julahi. Sementara itu, Pengiran Dr. Amal Bazilah binti Pengiran Haji Abdul Mobeen bertindak selaku moderator.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil, sesi bergambar dan jamuan. Melalui penganjuran ini, PSB berharap agar usaha tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan penghayatan sejarah dalam kalangan generasi muda, di samping melatih mereka untuk berfikiran kritis dan analitikal serta menghasilkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sejarah.
