gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Bidang Tugas dan Tanggungjawab 

 

  1. Menyelaras Jabatan Belia dan Sukan, Pusat Pembangunan Belia dan Outward Bound Brunei Darussalam
  2. Menjadi ‘Focal point’ hal ehwal belia dan sukan bagi semua agensi-agensi Kerajaan, bukan Kerajaan dan NGO’s di peringkat Kebangsaan, Serantau dan Antarabangsa
  3. Menyelaras Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan: Lembaga Pusat Pembangunan Belia, Hari Belia Kebangsaan; Pemilihan Atlit; Skim Penggalak kecemelangan Sukan; Anti-Doping, Disiplin Atlit.
  4. ​​Memantau perlaksanan Dasar Sukan Negara, Dasar Belia Negara dan Rancangan Strategik​

 

Fungsi

  1. Menyampaikan dasar yang berkaitan dengan belia dan sukan kepada agensi pelaksana;
  2. Meneliti cadangan-cadangan daripada agensi pelaksana belia dan sukan;
  3. Meneliti kewangan yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan termasuk penyertaan Negara Brunei Darussalam ke sukan-sukan Serantau dan Antarabangsa;
  4. Memantau program yang telah dijalankan oleh agensi pelaksana belia dan sukan;
  5. Merancang pembangunan dan perkembangan belia dan sukan termasuk Rancangan Kemajuan Negara (RKN), peruntukan kewangan, Pelan Strategik, perancangan jangka pendek dan jangka panjang;
  6. Memberikan ‘guidelines’ dan menjadi pakar rujuk kepada hal ehwal belia dan sukan
  7. ​​Menangani apa-apa jua sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal belia dan sukan.​

 

​ Taktif Belia dalam DBNS 2020-2035

 

​​
​UMUR

​​​

​BELIA ​15 tahun hingga 35 tahun
PEMIMPINAN BELIA ​Tidak melebihi 45 tahun
MENTOR BELIA ​Tidak ada batas umur