gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Pameran OMOCHA ketengahkan kepelbagaian budaya permainan Jepun

 

Sumber : Pelita Brunei

Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam

 

KOTA BATU, Rabu, 30 September. – Pameran jelajah Yayasan Jepun, ‘OMOCHA: Japanese Toys Today’, kini membuka ruang kepada orang ramai di negara ini untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan serta kepelbagaian budaya permainan Jepun, daripada permainan tradisional hingga permainan moden.

Majlis pembukaan pameran tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, selaku tetamu kehormat, bersama Kuasa Usaha Sementara Jepun ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Miura Keiko.

Pameran tersebut dianjurkan bersama oleh Kedutaan Jepun, Yayasan Jepun dan Muzium Teknologi Melayu (MTM), dan dibukakan kepada orang ramai dari 1 hingga 18 Oktober bertempat di MTM, Kota Batu.

 

Berita Penuh