Sub Heading
Majlis Kesyukuran semarak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-33
Sumber : Pelita Brunei
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANGAR, Selasa, 29 September. – Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-33, Tahun 2026 anjuran Jabatan Perdana Menteri yang telah berlangsung serentak di beberapa buah masjid di seluruh negara hari ini sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan petunjuk dalam melaksanakan amanah perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara.
Di bumi Permata Hijau, majlis tertumpu di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, dihadiri oleh Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.
Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau; Setiausaha-setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta warga perkhidmatan awam.
