Sub Heading
Julangan Kasih Sdn. Bhd. lancarkan gelanggang T-Active
Sumber : Pelita Brunei
Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
Foto : Mohammad Hasif Matzin
JERUDONG, Isnin, 2 November. – Dalam usaha berterusan meningkatkan kemudahan serta memperkenalkan pengalaman rekreasi baharu, Julangan Kasih Sdn. Bhd. telah merasmikan pelancaran T-Active, sebuah kemudahan sukan dan rekreasi baharu di Tarindak d’Polo, Jerudong, di sini.
Majlis perasmian gelanggang T-Active telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.
Turut hadir pihak-pihak berkepentingan, ahli-ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan para jemputan.
Majlis turut diisikan dengan tayangan video mengenai T-Active dan kemudahan-kemudahannya serta pelancaran logo.
