gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Healthy Fest 2026 galakkan gaya hidup aktif, seimbang

 

Sumber : Pelita Brunei

Oleh : Nooratini Haji Abas

Foto : Pg. Nur Hafilah Pg. Osman

 

 

TUNGKU LINK, Selasa, 29 September. – Pusat bagi UniHEALTH (Centre for University Life and Wellness) dan CAMPUs (Campus Asset Management & Planning for University Life) hari ini menganjurkan UBD Healthy Fest 2026 selama dua hari sehingga 30 September 2026 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Acara ini menghimpunkan warga universiti, agensi kerajaan dan rakan-rakan strategik untuk meneroka bagaimana pergerakan harian, interaksi sosial dan penggunaan teknologi yang lebih sihat dapat menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan acara tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

Dengan tema ‘Menjalin Semula Hubungan Melalui Pergerakan, Kenangan dan Kesejahteraan,’ Healthy Fest tahun ini mengetengahkan hubungan antara aktiviti fizikal, interaksi sosial, kenangan positif dan kesejahteraan menyeluruh.

Berita Penuh