gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Bengkel Pengesahan SEED-B

 

Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin – KKBS

 

Bandar Seri Begawan, Selasa, 27 Oktober 2026 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah mengadakan Bengkel Pengesahan SEED-B (Study of Entrepreneurship Ecosystem Diagnostic of Brunei Darussalam) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Bengkel ini bertujuan untuk mengesahkan dapatan kajian, meneliti cadangan serta mengenal pasti keutamaan tindakan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dan memberikan ucapan perasmian bengkel ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Bengkel dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta wakil-wakil kerajaan dan pegawai teknikal daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.

Bengkel yang dijalankan sehari penuh ini meliputi lapan domain analitikal dan isu-isu merentas sektor seperti penyertaan belia, jantina, inklusiviti, perwakilan geografi, kitaran hayat perusahaan dan penyelarasan institusi bagi memastikan dapatan serta cadangan yang dikemukakan bersesuaian dengan konteks negara dan boleh dilaksanakan.