Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
Sub Heading
National Consultation on the ASCC Database for Monitoring and Evaluation (ADME) System
Sumber : Siaran Media BPPA_KKBS
Foto : Muhd Azinuddin KKBS
21-22 Julai 2026 – Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa (BPPA), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku the National Secretariat for the ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) and Senior Officials’ Committee for ASCC (SOCA) Brunei Darussalam, telah menganjurkan the National Consultation on the ASCC Database for Monitoring and Evaluation (ADME) System, with technical support from the ASEAN Secretariat’s ASCC Monitoring and Evaluation Division.
Majlis konsultasi selama dua (2) hari itu telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dr. Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dalam kapasiti beliau sebagai Pemangku Ketua SOCA Negara Brunei Darussalam.
Tujuan National Consultation ini adalah untuk memastikan semua Badan-Badan Sektoral ASCC di Negara Brunei Darussalam mempunyai focal points yang berdaftar, terlatih dan berkemahiran dalam menggunakan ADME System. Ini termasuk mengemas kini data secara berkala dan berkualiti, mengurangkan jurang pelaporan, memperkukuh penyelarasan antara badan-badan sektoral, serta menyokong pemantauan dan penilaian pelaksanaan ASCC Blueprint 2025 dan ASCC Strategic Plan.
Konsultasi ini telah menghimpunkan wakil daripada 15 Badan Sektoral ASCC Brunei Darussalam bagi memperkukuh keupayaan nasional dalam penggunaan Sistem ADME, meningkatkan penyampaian serta pelaporan data, dan menyokong pemantauan serta penilaian yang lebih berkesan terhadap inisiatif Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.
Program ini turut menampilkan taklimat teknikal dan sesi praktikal yang dikendalikan oleh pegawai dari Sekretariat ASEAN, dengan tujuan memperkukuh lagi pengetahuan serta aplikasi praktikal para peserta terhadap penggunaan Sistem ADME.