​​Timbalan Setiausaha Tetap​ (Kemasyarakatan)​




Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid


Dayang Saidah binti Haji Wahid dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 11 April 2019. Terdahulu, Dayang Saidah pernah memegang jawatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I pada 8 April 2006, Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I pada 22 Disember 2013 dan Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas pada 6 Januari 2018 di Kementerian Kesihatan.

Dayang Saidah mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam pada 7 Disember 1996 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, salah sebuah agensi pusat perkhidmatan awam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dayang Saidah memperolehi ijazah Sarjana Muda (Hons) dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Dasar dan Pentadbiran Awam. Pada tahun 2004 Dayang Saidah dianugerahkan ijazah Sarjana oleh Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Dasar Awam.​

Bidang tugas Dayang Saidah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk membantu Setiausaha Tetap menyelaras Hal Ehwal Pengurusan Strategi dan Dasar serta Hal Ehwal Kemasyarakatan.​
Atas khidmat bakti beliau, Dayang Saidah telah dianugerahkan dengan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada tahun 2010 dan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar, Darjah Keempat (PSB) pada tahun 2018 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.​