​ ​

​​​​​BAHAGIAN PERKHIDMATAN SOSIAL​

Visi

Masyarakat Yang Progresif​​

Ekosistem pembangunan keupayaan masyarakat yang mapan, dinamik, berdaya tahan dan inklusif secara progresif.


Terdapat 4 bidang di bawah ekosistem ini:


Pembangunan Keupayaan Masyarakat

  • Ilmu Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan
  • Sumber and Infrastruktur
  • Perancangan teliti menghadapi risiko


Perlindungan Sosial: Bantuan Am dan Program

  • ​Sosioekonomi, pengupayaan, keusahawanan dan perkerjaan
  • ​Bantuan Kebajikan Bulanan, pencen-pencen dan elaun-elaun

Jaminan Sosial

  • ​Bantuan responsif, tempat perlindungan, pemulihan dan lain-lain
  • ​Promosi dan pemerkasaan kesaksamaan, wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang berkelainan upaya
  • ​Kesejahteraan

Penglibatan Masyarakat

  • Majlis Kebangsaan Isu Sosial
  • ​​​​Rakan-rakan Strategik seperti: ​​​​​​Agensi-Agensi Kerajaan,  Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Sektor-Sektor Swasta


Misi

Untuk mewujudkan ekosistem mesra-masyarakat yang memberikan kesaksamaan dan akses kepada individu untuk:

  • Menjana Inspirasi pemedulian, perpaduan dan keinklusifan
  • Menerajui aktiviti-aktiviti pembangunan keupayaan masyarakat
  • ​Mewujudkan rangkaian aktiviti pembangunan sosioekonomi

Kejayaan ditentukan dengan merealisasikan objektif-objektif berikut:​​

  • ​Kerjasama strategik melalui kerjasama seluruh negara (whole of government and whole of nation approach)
  • Inovasi dan peningkatan platform pintar dan digitasi
  • Institusi kekeluargaan dan nilai-nilai kukuh
  • Sistem keselamatan dan perlindungan sosial yang efisien dan efektif
  • ​Masyarakat yang teguh, bersemangat dan lebih inklusif


​Matlamat

  • Untuk menyediakan halatuju kearah masyarakat yang cemerlang melalui pelan tindakan dan dasar-dasar kemasyarakatan
  • ​Untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang​
  • Untuk membangun masyarakat yang penyayang, pemedulian dan harmoni
  • Untuk meningkatkan penglibatan dan sumbangan masyarakat kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara

​​

Fungsi dan Bidang Tugas Utama

  • Perancangan dan Penyelarasan Dasar dan Strategik Kemasyarakatan
  • Penggubalan / Penilaian semula (rebiu) Dasar / Akta / Peraturan / Panduan Kemasyarakatan yang ditangani JAPEM
  • Penubuhan dan memantau pelaksanaan peranan Social Blueprint / Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas dibawah MKIS
  • ​Penyelarasan Pelan-pelan Tindakan Kemasyarakatan dan dibawah MKIS
  • ​​​Penyediaan / Penelitian Kertas Kerja / Kertas konsep / Deklarasi / Perutusan dan sebagainya mengenai hal ehwal Kemasyarakatan dan Isu Sosial
  • ​​​Menangani ahl ehwal Antarabangsa Kemasyarakatan​


Diketuai oleh: 

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial

Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid

Emel: noridah.hamid@kkbs.gov.bn