​​​​PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA


Program Khidmat Bakti Negara dikenali sebagai PKBN adalah merupakan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan belia yang cemerlang, tanggungjawab dan berdisiplin.


Program ini adalah berkonsepkan kesukarelawanan (volunterism), pembangunan belia (youth development) serta pembentukan jatidiri.


​SEJARAH PENUBUHAN​

Mesyuarat antara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diadakan pada 1hb Mac 2007 di Mes Pegawai, Pa​​​​sukan Polis Diraja Brunei yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis bersetuju supaya cadangan penubuhan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) akan menggabungkan idea-idea dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan hasrat supaya program tersebut akan dibentuk dengan bersifat ‘holistik’ iaitu merangkumi aspek-aspek kerohanian dan jasmani.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai peneraju dalam melaksanakan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) untuk diperkenalkan di negara ini. Ke arah itu, sebuah Jawatankuasa ‘Taskforce’ Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah ditubuhkan bagi membincangkan mengenai penyediaan Kertas Dasar Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui warkah Baginda telah memperkenankan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melaksanakan Projek Rintis Program Khidmat Bakti Negara sebagai penilaian sebelum Program Khidmat Bakti Negara sebenar dilaksanakan.


Latihan Projek Rintis Pertama hingga Pengambilan Kelima Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah dilaksanakan di Kem Latihan Sementara iaitu di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Tempat ini boleh menampung seramai 300 orang dalam satu masa. Dengan keramaian pelatih yang meningkat dari tahun ke setahun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah membangunkan sebuah kompleks bangunan khusus bagi menjalankan latihan Program Khidmat Bakti Negara. Kompleks bangunan tersebut dinamakan Kem Latihan Kekal Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang terletak di Kampong Batu Apoi, Daerah Temburong yang mampu menampung seramai 700 orang dalam satu masa.


Diketuai oleh: 

Pemangku Pengarah Khidmat Bakti Negara​​

​Yang Mulia Awang Haji Abu Asiruddin bin Haji Zaini

Emel: asiruddin.zaini@kkbs.gov.bn

​​