​​​​BRUNEI ​DARUSSALAM ANTI-DOPING COMMITTEE

​PROSES PENGECUALIAN PENGGUNAAN TERAPEUTIK (TUE)

Proses Pengecualia​n Penggunaan Terapeutik (TUE) adalah cara di mana seorang atlet boleh mendapatkan kelulusan untuk menggunakan ba​​​han ata​​​​​​u kaedah yang dilarang yang ditetapkan untuk ​rawatan keadaan perubatan yang sah​​

​​exempt.png

Adakah awda​​ memerlukan TUE?​​

​​​check.png
​Semak untuk melihat sama ada ubat yang awda gunakan dilarang dengan menggunakan laman ​ sesawang https://www.globaldro.com/home/index​. Jika ubat tidak dilarang, awda boleh mula menggunakan ubat atau rawatan yang ditetapkan
check.png
​Sekiranya ubat itu dilarang, awda perlu menyemak dengan doktor awda untuk melihat sama ada terdapat ubat ubatan dan rawatan alternatif yang tidak dilarang​.
check.png


​Sekiranya ubat itu dilarang dan tidak ada alternatif yang dibenarkan , awda perlu memohon untuk mendapatkan TUE terlebih dahulu atau TUE yang ​retroaktif​.

​​Muat turun Borang Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) di sini.